Delegasi Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 yang diwakili oleh En. Mohd Hafiz Mungin (Pengerusi) dan Pn. Harlina Binti Abu Taib (Naib Pengerusi) telah berkunjung ke SAM Sultan Hisamuddin, Klang bagi menyerahkan kutipan Tabung Derma Kilat. Kutipan sebanyak RM1100.00 yang berjaya dikumpul dari kalangan ahli-ahli KGK dalam tempoh dua hari tersebut telah diserahkan kepada Tn Hj Muhammad Rahman Bin Sulaiman, Pengetua SAM Sultan Hisamuddin dalam sesi penyerahan ringkas dengan dihadiri oleh Pn. Hjh. Zawiyah Binti Maamor, PK Pentadbiran dan Pn. Sabariah Binti Muhammad, PK Kokurikulum. Pihak sekolah SAMSH juga telah berbesar hati untuk mengiringi delegasi KGK SK Jalan U3 bagi melawat sekitar kawasan sekolah yang sedang sibuk menjalankan aktiviti pemberian bantuan buku teks, pakaian, dan kelengkapan harian kepada 117 pelajar lelaki yang terjejas akibat insiden kebakaran asrama yang berlaku pada 25 April 2022 yang lepas. Dalam sesi perbualan bersama pihak penta...