Skip to main content

Majlis Persaraan Pn. Zauyah Binti Taib

 


Pada 10 April 2022, Kelab Guru & Kakitangan SK Jalan U3 telah mengadakan sebuah jamuan bagi meraikan hari persaraan Puan Zauyah Binti Taib. Puan Zauyah merupakan salah seorang kakitangan sekolah dan telah berkhidmat di SK Jalan U3 bermula tahun 2011. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulfakar dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Puan Harlina Binti Abu Taib selaku Naib Pengerusi KGK. Seterusnya majlis telah menjemput Puan Norwati Binti Binti Abdul Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran, SK Jalan U3 bagi menyampaikan ucapan mewakili barisan para pentadbir. Majlis telah diteruskan lagi dengan ucapan oleh yang diraikan Puan Hajah Zauyah Binti Taib sebelum video dedikasi ringkas ditayangkan. 

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata sebelum para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Pihak KGK amat berbesar hati di atas kesudian Puan Zauyah untuk menaja juadah jamuan pada majlis ini. 

Majlis yang dihadiri oleh barisan pentadbir, guru serta kakitangan sekolah itu bermula pada jam 12.20 tengah hari dan berakhir pada jam 1.00 petang. Pematuhan SOP sepanjang majlis berlangsung juga dititikberatkan bagi membendung penularan COVID-19. 

Kami seluruh warga Kelab Guru & Kakitangan, SK Jalan U3 ingin mengucapkan selamat bersara kepada Puan Zauyah Binti Taib. Terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Semoga ukhuwah terus kekal terjalin. 
















Comments

Popular posts from this blog

Salam Nuzul Quran

Kelab Guru & Kakitangan SK Jalan U3 ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada muslimin dan muslimat terutamanya komuniti SK Jalan U3.

Majlis Apresiasi KGK 2021

Sebuah Majlis Apresiasi bagi sesi 2021 telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 pada 17 Mac 2021 bertempat di Thalia World, Kampung melayu Subang dan telah dihadiri oleh 160 orang ahli KGK yang terdiri daripada guru dan AKP.  Dengan bertemakan 'White and Floral', para hadirin yang hadir telah menggayakan pakaian dan busana berwarna putih dengan corak bunga-bungaan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulfakar dan diikuti oleh ucapan aluan oleh Pengerusi KGK, En. Mohd Hafiz Bin Mungin. Seterunya, majlis telah menjemput En Mohd Rozali Bin Senik, Guru Besar SK Jalan U3 selaku penasihat bagi menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis.  Para hadirin kemudiannya dijemput untuk menjamu selera dengan aneka juadah yang telah disediakan. Majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah dan sesi 'game show' yang dikendalikan En. Ahmad Redzuan dan Pn Fadhila. Sebagai penutup tirai, majlis telah berbesar hati menjemput tuan ...

Selamat Hari Pekerja

Kelab Guru & Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 mengucapkan Selamat Hari Pekerja.