Skip to main content

Penyerahan Kutipan Derma Kilat SAM Sultan Hisamuddin


Delegasi Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 yang diwakili oleh En. Mohd Hafiz Mungin (Pengerusi) dan Pn. Harlina Binti Abu Taib (Naib Pengerusi) telah berkunjung ke SAM Sultan Hisamuddin, Klang bagi menyerahkan kutipan Tabung Derma Kilat. Kutipan sebanyak RM1100.00 yang berjaya dikumpul dari kalangan ahli-ahli KGK dalam tempoh dua hari tersebut telah diserahkan kepada Tn Hj Muhammad Rahman Bin Sulaiman, Pengetua SAM Sultan Hisamuddin dalam sesi penyerahan ringkas dengan dihadiri oleh Pn. Hjh. Zawiyah Binti Maamor, PK Pentadbiran dan Pn. Sabariah Binti Muhammad, PK Kokurikulum. 

Pihak sekolah SAMSH juga telah berbesar hati untuk mengiringi delegasi KGK SK Jalan U3 bagi melawat sekitar kawasan sekolah yang sedang sibuk menjalankan aktiviti pemberian bantuan buku teks, pakaian, dan kelengkapan harian kepada 117 pelajar lelaki yang terjejas akibat insiden kebakaran asrama yang berlaku pada 25 April 2022 yang lepas. 

Dalam sesi perbualan bersama pihak pentadbir SAMSH, delegasi KGK SK Jalan U3 telah dimaklumkan bahawa sewaktu kejadian kebakaran tersebut berlaku, semua pelajar sedang menunaikan solat sunat terawih di Dewan Utama justeru tiada kemalangan jiwa yang terlibat. 

Pihak Jawatankuasa KGK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli KGK SK Jalan U3 yang sudi memberikan sumbangan dalam tabung derma kilat tersebut. Semoga amalan sedekah di bulan Ramadan yang mulia ini di gandakan pahala dan diterima oleh Allah SWT.

Pihak KGK SK Jalan U3 juga mendoakan agar dipermudahkan segala urusan buat pihak SAM Sultan Hisamuddin.








Comments

Popular posts from this blog

Salam Nuzul Quran

Kelab Guru & Kakitangan SK Jalan U3 ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada muslimin dan muslimat terutamanya komuniti SK Jalan U3.

Majlis Apresiasi KGK 2021

Sebuah Majlis Apresiasi bagi sesi 2021 telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 pada 17 Mac 2021 bertempat di Thalia World, Kampung melayu Subang dan telah dihadiri oleh 160 orang ahli KGK yang terdiri daripada guru dan AKP.  Dengan bertemakan 'White and Floral', para hadirin yang hadir telah menggayakan pakaian dan busana berwarna putih dengan corak bunga-bungaan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulfakar dan diikuti oleh ucapan aluan oleh Pengerusi KGK, En. Mohd Hafiz Bin Mungin. Seterunya, majlis telah menjemput En Mohd Rozali Bin Senik, Guru Besar SK Jalan U3 selaku penasihat bagi menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis.  Para hadirin kemudiannya dijemput untuk menjamu selera dengan aneka juadah yang telah disediakan. Majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah dan sesi 'game show' yang dikendalikan En. Ahmad Redzuan dan Pn Fadhila. Sebagai penutup tirai, majlis telah berbesar hati menjemput tuan ...

Selamat Hari Pekerja

Kelab Guru & Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 mengucapkan Selamat Hari Pekerja.