Skip to main content

Posts

Selamat Hari Raya

 Pihak Kelab Guru & Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin. 
Recent posts

Selamat Hari Pekerja

Kelab Guru & Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 mengucapkan Selamat Hari Pekerja.

Penyerahan Kutipan Derma Kilat SAM Sultan Hisamuddin

Delegasi Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 yang diwakili oleh En. Mohd Hafiz Mungin (Pengerusi) dan Pn. Harlina Binti Abu Taib (Naib Pengerusi) telah berkunjung ke SAM Sultan Hisamuddin, Klang bagi menyerahkan kutipan Tabung Derma Kilat. Kutipan sebanyak RM1100.00 yang berjaya dikumpul dari kalangan ahli-ahli KGK dalam tempoh dua hari tersebut telah diserahkan kepada Tn Hj Muhammad Rahman Bin Sulaiman, Pengetua SAM Sultan Hisamuddin dalam sesi penyerahan ringkas dengan dihadiri oleh Pn. Hjh. Zawiyah Binti Maamor, PK Pentadbiran dan Pn. Sabariah Binti Muhammad, PK Kokurikulum.  Pihak sekolah SAMSH juga telah berbesar hati untuk mengiringi delegasi KGK SK Jalan U3 bagi melawat sekitar kawasan sekolah yang sedang sibuk menjalankan aktiviti pemberian bantuan buku teks, pakaian, dan kelengkapan harian kepada 117 pelajar lelaki yang terjejas akibat insiden kebakaran asrama yang berlaku pada 25 April 2022 yang lepas.  Dalam sesi perbualan bersama pihak penta...

Pelancaran Tabung Derma Kilat untuk SAM Sultan Hisamuddin, Klang

Pihak Kelab Guru & Kakitangan (KGK) SK Jalan U3 telah melancarkan kutipan derma kilat untuk disalurkan kepada SAM Sultan Hisamuddin, Klang. Kutipan ini akan dibuka kepada semua ahli KGK selama dua hari. Sumbangan boleh dibuat melalui tabung yang akan diedarkan. Terima kasih. 

Salam Nuzul Quran

Kelab Guru & Kakitangan SK Jalan U3 ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada muslimin dan muslimat terutamanya komuniti SK Jalan U3.

Hadis Ramadan

Berikut merupakan koleksi hadis Ramadan yang telah disediakan oleh Biro Pembangunan Profesionalisme & Modal Insan, KGK 2022. semoga bahan bacaan ini dapat memberikan manfaat kepada semua ahli dalam mencari keberkatan Ramadan. InsyaAllah. 

Salam Ramadan

Pihak Kelab Guru & Kakitangan (KGK) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1443H.